Tuesday 11 October 2011

Rasullulah S.A.W bersabda :

"ketika tubuh seseorang hamba bergetar kerana takut kpd Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya"

Deceritakan : Ada seorang lelaki jatuh hati kepada seorang wanita , ketika wanita itu keluar untuk membeli barang keperluannya , maka lelaki itu mengikuti wanita tersebut. Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang2 sudah tidur . Lelaki itu menyampaikan hasrat hatinya . Si wanita itu pon menyahut , " Lihatlah apakah org2 telah tidur semuanya ?" dengan demikian lelaki itu menganggap bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. dia mengelilingi kawasan itu dan melihat2 sejenak setelah jelas org2 telah tidur , segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, "benar semua orang telah tidur." Lalu wanita itu bertanya, "Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur ?" Lelaki tersebut menjawab, "sesungguhnya Allah tidak pernah tidur."Wanita itu berkata lagi, "sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita , Oleh keranaNya Dia lebih berhak kita takuti." Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana takut kepada Allah . Dia pulang kerumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia .., ada seorang bermimpi bertemu dengannya .. dalam mimpi tersebut orang itu bertanya "Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?" Lelaki itu menjawab : "Allah tekah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu."

De petik oleh buku "Penengang Jiwa , Bab 2 : Menangis Kerana Takut Kepada Allah SWT, Terjemahan daripada kitab MUKASHAAFAAH AL QULUB , IMAM GHAZALI"

No comments:

My Playlist